Alhamdulillah. Hari ini genap setahun Miza dalam dunia blogging. Tercapai jugak hasrat untuk kekal lama dalam arena blogging. Tarikh keramat 1 Mac 2012, kini blog berusia setahun.

Terasa kerdil ini jika dibandingkan blogger-blogger yang sudah bertapak lama dalam dunia blogging. Banyak ilmu yang telah dipelajari daripada mereka semua. Proses pembelajaran tidak akan terhenti sampai disini sahaja. Setiap hari baru akan diisi dengan segala ilmu bagi memenuhi dada.
Teringat masa pertama kali buat blog, entah siapa-siapa lah yang baca blog Miza. Bila Miza berhijrah ke blog Mizayusof.com semangat berblog kembali dengan berganda-ganda. Alhamdulillah,kini pembaca yang hadir silih berganti. Terima kasih wahai pembaca blog Mizayusof.com . Anda semua sumber inspirasi Miza.
Hmm. Masih jauh lagi perjalanan blog Miza dalam dunia blogging. Dan kini Miza terus melangkah tanpa perlu menoleh ke belakang. Miza sendiri tak nak dibayangi kabus semalam. Semoga dengan peningkatan usia blog akan mematangkan lagi penulisan Miza. InsyaAllah.
Selamat ulang tahun yang pertama Mizayusof.com


5 Comments:
semoga terus maju dan berjaya dalam dunia bloging
epy besday blog miza yusof!!!
smge tros sukses..
=)
yeayy happy birthday! :D
happy birthday mizayusof.com :)
moga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Post a Comment